Monday, 4 November 2013

Diriku dan mahasiswa

   Assalamualaikum,this is my latest blog.dah lama tak 'bergelumang' dalam dunia blogger ni.
Maklumlah,sejak menjadi student seni bina,masa untuk ber'internet agak terhad ditambah lagi kerja-kerja dan tanggungjawab yang hadir bersama seiring sejalan yang perlu di selesaikan.
 
   Bercerita berkenaan dunia seorang mahasiswa,dugaannya memang hebat. Apatah lagi apabila seorang mahasiswa itu bergelar sebagai seorang yang berjuang di jalan Allah(fi sabilillah) dan layak menjadi asnaf zakat jika diminta..

   Saya percaya bahawa setiap yang bergelar mahasiswa/i pasti pernah merasa kepayahan berada dijalan ini kerana itu semua ramuan hidup.
Pernah merasakan terputusnya bekalan kewangan,pernah merasakan seolah-olah tidak mampu menghadapi segala cabaran yang datang silih berganti. Namun,ingatlah wahai sahabat dan diriku, sebenarnya setiap kepayahan itu punyai kesenangannya. Jika merasakan kesusahan itu, mengadulah pada tuhan mu.biarkan dirimu berbicara bersama tuhanmu.
 
    "(1)bukankah kami telah melapangkan dadamu(muhammad).(2)Dan kami pun telah menurunkan beban daripadamu.(3)yang memberatkan tanggunganmu.(4)dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.(5)maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.(6)sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,(7)maka apabila engkau telah selesai(daripada sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain).(8)dan hanya kepada tuhanmu lah engkau berharap.[ al-syarh]

 # life is simple,live with simple and everything is okay..:)#








No comments:

Post a Comment